Thursday 6 June 2013

*** CAMERON HIGHLAND ***

 
Kali ni aku sekeluarga gi jenjalan pulak ke Cameron Highland selama 3 hari 2 mlm. Dah lama tak gi makan angina pe salahnyer kan..lagipun kesihatan aku agak ok sikit sebab tu la lepas untuk gi jenjalan nih..
 


 
Tempat penginapan kitorang kat Apartment Desa Anthurium..ok jugakla tempatnyer..ader 3 bilik tido, 2 bilik air..dapur pun ader..peralatan memasak pun ader jugak..peti ais pon ader..pendek kata macam duk kt rumah jugakla..jgn pulak sampai2 sibuk nk cari kipas. memang takde kipas ler sebab cuaca dingin kt sini..
 
 
Tiap hari Sabtu kat Brinchang ada pasar malam. Best jugak gi pasar malamnyer..macam2 ader..tapi nk snap pict agak pyh skit sbb org terlalu ramai..snap pict budak kecik ni jela teruja dapat angry bird dier..







 
Yang ni kt Taman Agro Al-Mashoor. kt sini takleh petik strawberry tp kalau nk beli yg dh disediakan ader laa..macam2 ader kat sini tapi semua buat dengan strawberry..aiskrim pun sedap sebab bebetoi dari buah strawberry..try la rase kalau datang sini.
 



 
Lepas hajat si kecik nih nak sgt petik strawberry..selagi tak dapat petik bising kemain wat permintaan..


 
Sempat gi tempat cactus ni je..tak larat nak jalan dh lagipon..tak g la yg tempat beso2 tu..
 
 
Butterfly Garden ni takdela rerama pelik2 pon..macam rerama kt kawasan umah kite jek..tp dh si kecik ni nak sgt tgk butterfly layankan ajer..agak parak sebab dier taknk kuar dari sini..danial oh danial..
 


 
Ladang Teh pun pegi kat sini je..tak gi memana dah..maklumla tenaga dah low..lagipun masa ni pening2 sudah menyerang..hehehe..
 
 
 



 
Kat dalam ni kite leh beli tea..macam2 the ader..tea laici la,tea oren la..macam2 perasa la ader..harga pun ok tak mahal..memurah jek..oklaaa..ni jela jenjalan ku kali ni..pasni nk jenjalan mana lak yer..tunggu pas bersalin la kottt...byeee..
 
 
 
 

 

 
 
 
 
 
 


 


 


 
 


Saturday 19 January 2013

Vitamin C...( ESTER C )

 ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..

Tahun ni usia dh makin bertambah..so, ape lagi..mestila terfikirkan wajah yang mula menunjukkan tanda2 penuaan..hahaha...katakan TIDAK pada penuaan..kali ni aku nak syer la apa yg aku amalkan untuk kulit aku ni..amalan ni kene la amalkan sejak dulu kala lagi sbb bila dh tua tak berapa nk berkesanla klu nk buat pun..sekarang ni aku nak becite sal VITAMIN C..

 Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan, sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun). Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan sistem imun (pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.


Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
Vitamin C adalah perlu untuk:
• Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
• Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
• Mematikan radikal bebas merbahaya
• Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain


Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan Vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan Vitamin C..


Keberkesanan Vitamin C (Ester C)
Setiap Win Ester C500 adalah bersamaan dengan 1000mg Vitamin C biasa. Ini bermakna ia adalah 4 kali ganda keberkesanan 500mg Vitamin C biasa. setiap tablet juga mengandungi 100mg bioflavanoids kompleks yang mempunyai kesan perlindungan terhadap komponen Vitamin C untuk menyerapan yang lebih baik.

Keunggulan win ester C500

1. LEBIH BERKUASA, KEBERKESANAN MENINGKAT
2. TIADA KESAN SAMPINGAN YANG TIDAK MENYENANGKAN
3. MENGURANGKAN RISIKO PEMBENTUKAN BATU KARANG DALAM BUAH PINGGANG.

Berikutan keupayaanya mengurangkan pengeluaran oxalate sehingga 80% Win Ester –C500 nengurangkan risiko pembentukan yang unik Win Ester C adalah lebih unggul berbanding Vitamin C biasa dari segi hayat simpanan dan kestabilan

FAEDAH WIN ESTER C500

1.MENENTANG JANGKITAN VIRUS DAN BAKTERIA
2. MEMPERKUATKAN SISTEM IMUNISASI
3. MENCEGAH BARAH
4. MERENDAHKAN TAHAP KOLESTROL 


ADAKAH SUKATAN TINGGI VITAMIN C BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN ???

Vitamin C dalam pelbagai bentuk, boleh di anggap sebagai bahan paling kurang toksid antara semua khasiat makanan tambahan. Pentadbiran makanan dan perubatan Amerika membuat penilaian terhadap semua aspek metabolisme dan tahap toksik askorbat sebelum memasukkannya ke dalam senarai “ generally Recognised As safe” di perakui selamat secara am dan di sahkan untuk kegunaan.

Satu-satunya kesan sampingan negative sukatan pengambilan Vitamin C yang tinggi secara tetap ialah ketidakselasaan perut dan cirit birit.kesan ini di sebabkan sifat semulajadi asid askorbat yang berasid.

Bagaimana pun ini tidak akan berlaku apabila seseorang mengambil wis ester C500 kerana teknik yang di gunakan untuk penghasilannya, meneutralkan keasidan dalam Vitamin C, membolehkan penyerapan secara optimum dan seterusnya digunakan oleh sel tubuh kita.



SOALAN YANG SERING DI TANYA
1. BAGAIMANA WIN ESTER C-500 BERBEZA DARIPADA VITAMIN C YANG LAIN .
Win Ester C-500 adalah 4 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C biasa yang lain.Penyerapannya yang lembut dan PH neutral bertindak balas penuh dengan galian lain di tubuh. Sebagai tambahan, ia mengurangkan risiko pembentukan batu karang dalam buah pinggang sehingga 80% berikutan kurangnya pengeluaran oxsalete berbanding lain-lain jenama Vitamin C.Ester C ini tidak berasa masam serta perasa.

2. MENGAPA KITA MEMERLUKAN MAKANAN SUPPLEMENT VITAMIN C ?
Vitamin C tidak di hasilkan atau disintesis oleh tubuh kita. berikutan itu kita terpaksa bergantung kepada pengambilan Vitamin C untuk bekalannya. bagaimana pun pengambilan makanan harian kita tidak mengandungi jumlah yang mencukupi kerana Vitamin C mudah dioksidakan dan akan musnah jika dipanaskan atau dimasak. Ia juga larut air dan disimpan untuk tempoh singkat di dalam tubuh . berikutan itu kita mesti mengambil jumlah Vitamin C yang mencukupi setiap hari untuk mengganti semula simpanan kita 

Tidak perlu lagi Suntikan/ injection Vitamin C untuk cantik kerana Ester C dapat menggantikannya dalam bentuk Tablets

SANA sini heboh orang memperkatakan mengenai keajaiban suntikan Vitamin C yang mampu mengubah penampilan seseorang: menjadikan kulit lebih mulus, tegang dan cerah.. memang benar!

Berita ini jadi lebih menarik dan ‘berpengaruh’ apabila beberapa artis terkenal tanah air membuat pengakuan terbuka menggunakan pendekatan sama untuk tampil cantik sepanjang masa. 

Keghairahan wanita untuk tampak sentiasa cantik dan awet muda juga mendorong pengeluar produk kecantikan berlumba-lumba menghasilkan beraneka barangan yang diperkaya Vitamin C tulen bagi memenuhi permintaan di seluruh dunia. 

Sebenarnya, sejak dulu lagi doktor menyarankan pengambilan makanan seimbang dengan melebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan. Namun, gaya hidup moden dan tabiat pemakanan yang banyak bergantung kepada makanan disajikan di restoran menyebabkan ramai terpaksa mengharap bantuan pil vitamin. 

Umum mengetahui khasiat Vitamin C iaitu bahan antioksidan yang penting untuk mengekalkan kesihatan, membantu pembentukan kolagen, ligamen dan tendon. Malah, Vitamin C turut membantu penyerapan zat besi dan meningkatkan sistem imun badan supaya terhindar daripada jangkitan penyakit. 

Namun, bagaimana pula ia boleh berfungsi sebagai bahan penting kecantikan? Perunding Kesihatan, Dr Asma Abdullah, berkata Vitamin C adalah bahan antioksidan semula jadi yang melawan tindakan radikal bebas bagi memperlahankan proses penuaan. dengan Ester C masalah ini dapat di atasi .

Walaupun ramai menganggap mereka mengamalkan diet seimbang dengan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan (termasuk jus buah segar) tetapi makanan diambil masih tidak dapat memenuhi keperluan Vitamin C harian. 

“Vitamin C adalah vitamin larut air. Kaedah penyediaan masakan yang salah akan menyebabkan ia mudah hilang, terutama jika sayur dibasuh selepas dipotong. Vitamin C akan larut dalam air basuhan yang dibuang. 

“Kebanyakan orang kita suka masak sayur hingga lembik. Ini menyebabkan semua Vitamin C dalam sayur hilang (bersama wap) dan yang tinggal hanya serat. Jarang sekali kita dapat makan sayur mengikut kuantiti disaran dan semua faktor ini menyebabkan kita kekurangan Vitamin C harian,” katanya. 



Inilah rahsia aku selama ni..dan vitamin C nila yg aku mkn sejak beberapa tahun yang lalu sehingga kini..Aku sekadar nak syer je..kalau korang nk try boleh la try..memang jadi gebu la muka korang tu nanti..kalau nak try gi cari kat ELKEN ye..kalau nk try vitamin jenis lain tu aku tak tu la tahap keberkesanannyer camne kan..Okla..cukup setakat ni dulu rahsia dari aku..lain kali akan aku dedahkan apa lagi yang aku makan yer...

SELAMAT MENCUBA!!!



 


 




Friday 11 January 2013

PERMULAAN 2013..

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T...

Bermula sudah tahun baru iaitu 2013..genap umurku ehem ehem..owh tidak...rasa macam tak nk je kan umu cenggitu...pe2 pon tkpela..makin bertambah umur maknanyer panjangla umur yg Allah berikan pada kite.tetap bersyukur padaNYA..

Dengan bermacam-macam onak dan duri yang telah diharungi..gudbye 2012..suka duka tersemat dijiwa..permulaan 2012 bermula dengan detik perkahwinan aku..berakhir 2012 terjadi perkara yang tidak diingini..tapi pe boleh buatkan..lumrah kehidupan..

Permulaan 2013 walaupun arini baru 11/01/13 sudah terlalu byk peristiwa yang berlaku..walaupun keluarga punyer hal tp aku tetap jugak 'cubit peha kanan peha kiri pon lebam'..hahaha..sesuka aku je kan ubah2..sesungguhnyer awal2 pon dh byk dugaan yg diterima..amat hebat dugaan yg diberikan..tapi semuanya dapat diselesaikan..syukur alhamdulillah..

Keluarga aku pulak ok2 je..budak kecik tu pun semakin membesar dan bermacam perangai dah buat..permintaan hati ader je sokmo..ari2 ader permintaan hatinyer..tapi seronok ler tgk dier dah membesar dan dah pandai berfikir..amat bagus otak dier..minumla susu Lactogen utk ank anda..hahaha..tak pasal2 lak promote susu..

Pekerjaan aku macam biasala..mana boleh aku tak keje..bukan jenis aku pulak duk umah melepak lempung tanpa keje..biarla aku bekerja daripada duk umah takde pe jugak yang nk dibuat..kalau keje dapat gak kan duit masyuk..mungkin jiwa aku dah sebati dengan keje kot..bersyukur dengan keje yang aku lakukan..alhamdulillah rezeki semakin bertambah..


Diharapkan semuanya berjalan dgn lancar dan aman bahagia utk keluargaku...amin..


 

Thursday 25 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..

 
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
 
Bersyukur kehadrat Ilahi aku masih lagi berpeluang untuk menyambut Aidiladha pada tahun ni bersama keluarga tersayang..walaupun tahun ni turn aku ditugaskan utk bekerja di hari raya kali ini aku tetap akan berayooo dulu bersama keluarga aku..tak kisahla kene keje pun..tak salahkan..dah menjadi tanggungjwb aku utk bekeje.. lagipun aku dh amik cuti lama sebelum raye gara2 kene jage budok kecik nih..huhuhu..
 
Hari raya nih aku kene bekeje dgn kak lyly n ecah..kitorg bertiga la yg kene keje...huhuhu..kepada ain n sue selamat bercuti ye..tp sabtu kene keje dhkan..takpela korg bedua keje teman aku yg keseorangan..hahaha..alaaaa bkn selalu pon..jgn lupe dtg keje bwk kuih raye..
 
Pe2 pon semoga rakan2 sume begumbira menyambut Aidiladha esok ye...kepada yg kene bekerja selamat bekerja, kpd yg bercuti selamat bercuti, kpd yg sakit semoga cepat sembuh, kpd yg tgh drive selamat sampai kedestinasi cinta...hahaha...
 
KEPADA SUME RAKAN2 KU, SANAK SAUDARA & SESIAPA SAJE YG MENGENALI DIRIKU, INGIN SEKALI AKU MENGUCAPKAN :
 
" SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA "
 
Terimalah lagu nih utk kalian..yihaaa...
 
 
 
 
 
 

Wednesday 24 October 2012

Jangan Selalu Tidur Lewat..






"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am):
proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Sharing Is Caring~!