Thursday 25 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..

 
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T
 
Bersyukur kehadrat Ilahi aku masih lagi berpeluang untuk menyambut Aidiladha pada tahun ni bersama keluarga tersayang..walaupun tahun ni turn aku ditugaskan utk bekerja di hari raya kali ini aku tetap akan berayooo dulu bersama keluarga aku..tak kisahla kene keje pun..tak salahkan..dah menjadi tanggungjwb aku utk bekeje.. lagipun aku dh amik cuti lama sebelum raye gara2 kene jage budok kecik nih..huhuhu..
 
Hari raya nih aku kene bekeje dgn kak lyly n ecah..kitorg bertiga la yg kene keje...huhuhu..kepada ain n sue selamat bercuti ye..tp sabtu kene keje dhkan..takpela korg bedua keje teman aku yg keseorangan..hahaha..alaaaa bkn selalu pon..jgn lupe dtg keje bwk kuih raye..
 
Pe2 pon semoga rakan2 sume begumbira menyambut Aidiladha esok ye...kepada yg kene bekerja selamat bekerja, kpd yg bercuti selamat bercuti, kpd yg sakit semoga cepat sembuh, kpd yg tgh drive selamat sampai kedestinasi cinta...hahaha...
 
KEPADA SUME RAKAN2 KU, SANAK SAUDARA & SESIAPA SAJE YG MENGENALI DIRIKU, INGIN SEKALI AKU MENGUCAPKAN :
 
" SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA "
 
Terimalah lagu nih utk kalian..yihaaa...
 
 
 
 
 
 

Wednesday 24 October 2012

Jangan Selalu Tidur Lewat..






"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am):
proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
Sharing Is Caring~!


 
 

Tuesday 23 October 2012

Tanggung Jawab Seorang Ibu..



ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Tanpa sedari dh 5 hari aku jaga anak aku DANIAL QUSYAIRI nih..pergh..menguji kesabaran jugak jaga anak nih..maklumla selama ni tak pernah pun jaga dier 24 hour..masa dier baby dlu penahla jaga..elok umur dier 4 bln terus aku tk jaga dh sebab aku mula keje dan nenek dier pon bawak dier duk kt Sabah nuh..dier dh umur 3 taun pulak baru aku jaga utk beberapa hari..

Hari2 mengadap kerenahnyer, adakala melucukan adakala nk marah pun ader..tp tgk idup dier keje main jela..budak kan main jela kejenyer..hari2 kene beli mainan.ader je request dier..nak robot hitamla, robot kuningla, rasaksala, trasformerla dan mcm2 lg..pening jugak bila nk melayan.tp selama jaga tak penah pun dier nangis..tkdela susah ati aku..

Berat juga nk menjalankan tanggungjwb seorang ibu.klu diberi pilihan aku rela bekerja drp duduk rumah jaga anak 24jam..huhuhu...penat ngalahkan keje..hohohoho..baru berangan nk anak 20 org..CANCEL terus..hehehe...berangan jela tp takkanla sampai 20 org..nk tambah sorg lagi pun puas pikir..huhuhuhu...

Esok neneknyer balik ktn dh..tak dptla tido ngn danial dh..neneknyer siap pesan esok kene bwk g umh dier biar danial tido sana..adoiii...tak puas lak rasanyer jaga dier..
Pastinyer pasni lagi kerap aku bawak danial balik umah aku untuk aku jaga 24 jam..huhuhu..seronok bersama danial walaupon rumah dh mcm tongkang pecah..hehehe..

 
 



Ibadah Korban

Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37) 

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)


 
 

18 Cara Memikat Hati Suami

1. Akur pada suami
Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami. 

2. Berkelakuan baik terhadap suami

Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek untuk suami

Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami

Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami

Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami

Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami

Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami

Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.

11. Solat bersama suami

Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa

Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami

Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga

Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.

16. Jangan terlalu kongkong suami

Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.

17. Urut badan suami selepas balik kerja
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.

18. Jaga makan minum suami

Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.

 

Monday 22 October 2012

Kepentingan Kentut





PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.
Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung padamakanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.
Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.
Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.
Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau – nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen.
Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang.
Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon.
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi.
Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu.
Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.
Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber;
a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok)
b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus
Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.
Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut.
Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain.
Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’.
kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseornag itu kerap kentut.

Info Makanan penyebab kentut

  • Kacang
  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus.
  • Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches.
  • Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
  • Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin.
 
 
 

Sunday 14 October 2012

14 October MY Besday??

 
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T.
 
ERMMM...tak sangka dah bertambah usia aku..ce kalau de doremon kan aku leh wat umo aku tak bertambah..hahaha..pikiran kartun seketika..syukur alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur olehNYA..diharapkan hidupku diberkati dan dirahmati olehNYA..aku mengharapkan kebahgiaan aku bersama keluarga tersayang akan berpanjangan sehingga akhir hayatku..
 
TQ my lalink yg mengingati tarikh kelahiranku pada taun pertama kite menjadi suami isteri..harap2 jgn taun pertama je ingat..ingat sampai mati tau!! hahaaa...kek pun jgn lupe ye tiap2 taun..WAJIB INGAT!!! hahaha...
 
Lagu utk my lalink...







Betapa Aku Mencintaimu – ( Vagetoz )

Betapa aku mencintaimu
dengan sepenuh hatiku
Betapa aku menyayangimu
lebih dari yang kau tahu
Inginku bahagiakan dirimu
setiap saat bersamaku
Seperti janjiku kepadamu
takkan pernah ku ingkari
Aku kan slalu ada di dekatmu
Aku kan slalu menemani harimu
Kau harus tau
betapa aku
Mencintaimu…
Betapa aku mencintaimu
With everything inside of me…

 
Semoga mentari sentiasa menyinari aku bersama insan2 yg aku sayangi..klu tak bersinar tu tanda2 nk ujan la tu..awan mendung berarakla agaknyer..hahaha..
 
Kepada kengkawan yg wish tu terima kasih byk2 ye..doakanla aku panjang umur dan kebahgiaan aku..terima kasih byk2..






Lirik Lagu Padi – Sahabat Selamanya 


Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
 
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selamanya setia
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia