Saturday 19 January 2013

Vitamin C...( ESTER C )

 ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..

Tahun ni usia dh makin bertambah..so, ape lagi..mestila terfikirkan wajah yang mula menunjukkan tanda2 penuaan..hahaha...katakan TIDAK pada penuaan..kali ni aku nak syer la apa yg aku amalkan untuk kulit aku ni..amalan ni kene la amalkan sejak dulu kala lagi sbb bila dh tua tak berapa nk berkesanla klu nk buat pun..sekarang ni aku nak becite sal VITAMIN C..

 Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan, sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun). Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan sistem imun (pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.

Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.


Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?
Vitamin C adalah perlu untuk:
• Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
• Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
• Mematikan radikal bebas merbahaya
• Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain


Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan Vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan Vitamin C..


Keberkesanan Vitamin C (Ester C)
Setiap Win Ester C500 adalah bersamaan dengan 1000mg Vitamin C biasa. Ini bermakna ia adalah 4 kali ganda keberkesanan 500mg Vitamin C biasa. setiap tablet juga mengandungi 100mg bioflavanoids kompleks yang mempunyai kesan perlindungan terhadap komponen Vitamin C untuk menyerapan yang lebih baik.

Keunggulan win ester C500

1. LEBIH BERKUASA, KEBERKESANAN MENINGKAT
2. TIADA KESAN SAMPINGAN YANG TIDAK MENYENANGKAN
3. MENGURANGKAN RISIKO PEMBENTUKAN BATU KARANG DALAM BUAH PINGGANG.

Berikutan keupayaanya mengurangkan pengeluaran oxalate sehingga 80% Win Ester –C500 nengurangkan risiko pembentukan yang unik Win Ester C adalah lebih unggul berbanding Vitamin C biasa dari segi hayat simpanan dan kestabilan

FAEDAH WIN ESTER C500

1.MENENTANG JANGKITAN VIRUS DAN BAKTERIA
2. MEMPERKUATKAN SISTEM IMUNISASI
3. MENCEGAH BARAH
4. MERENDAHKAN TAHAP KOLESTROL 


ADAKAH SUKATAN TINGGI VITAMIN C BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN ???

Vitamin C dalam pelbagai bentuk, boleh di anggap sebagai bahan paling kurang toksid antara semua khasiat makanan tambahan. Pentadbiran makanan dan perubatan Amerika membuat penilaian terhadap semua aspek metabolisme dan tahap toksik askorbat sebelum memasukkannya ke dalam senarai “ generally Recognised As safe” di perakui selamat secara am dan di sahkan untuk kegunaan.

Satu-satunya kesan sampingan negative sukatan pengambilan Vitamin C yang tinggi secara tetap ialah ketidakselasaan perut dan cirit birit.kesan ini di sebabkan sifat semulajadi asid askorbat yang berasid.

Bagaimana pun ini tidak akan berlaku apabila seseorang mengambil wis ester C500 kerana teknik yang di gunakan untuk penghasilannya, meneutralkan keasidan dalam Vitamin C, membolehkan penyerapan secara optimum dan seterusnya digunakan oleh sel tubuh kita.



SOALAN YANG SERING DI TANYA
1. BAGAIMANA WIN ESTER C-500 BERBEZA DARIPADA VITAMIN C YANG LAIN .
Win Ester C-500 adalah 4 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C biasa yang lain.Penyerapannya yang lembut dan PH neutral bertindak balas penuh dengan galian lain di tubuh. Sebagai tambahan, ia mengurangkan risiko pembentukan batu karang dalam buah pinggang sehingga 80% berikutan kurangnya pengeluaran oxsalete berbanding lain-lain jenama Vitamin C.Ester C ini tidak berasa masam serta perasa.

2. MENGAPA KITA MEMERLUKAN MAKANAN SUPPLEMENT VITAMIN C ?
Vitamin C tidak di hasilkan atau disintesis oleh tubuh kita. berikutan itu kita terpaksa bergantung kepada pengambilan Vitamin C untuk bekalannya. bagaimana pun pengambilan makanan harian kita tidak mengandungi jumlah yang mencukupi kerana Vitamin C mudah dioksidakan dan akan musnah jika dipanaskan atau dimasak. Ia juga larut air dan disimpan untuk tempoh singkat di dalam tubuh . berikutan itu kita mesti mengambil jumlah Vitamin C yang mencukupi setiap hari untuk mengganti semula simpanan kita 

Tidak perlu lagi Suntikan/ injection Vitamin C untuk cantik kerana Ester C dapat menggantikannya dalam bentuk Tablets

SANA sini heboh orang memperkatakan mengenai keajaiban suntikan Vitamin C yang mampu mengubah penampilan seseorang: menjadikan kulit lebih mulus, tegang dan cerah.. memang benar!

Berita ini jadi lebih menarik dan ‘berpengaruh’ apabila beberapa artis terkenal tanah air membuat pengakuan terbuka menggunakan pendekatan sama untuk tampil cantik sepanjang masa. 

Keghairahan wanita untuk tampak sentiasa cantik dan awet muda juga mendorong pengeluar produk kecantikan berlumba-lumba menghasilkan beraneka barangan yang diperkaya Vitamin C tulen bagi memenuhi permintaan di seluruh dunia. 

Sebenarnya, sejak dulu lagi doktor menyarankan pengambilan makanan seimbang dengan melebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan. Namun, gaya hidup moden dan tabiat pemakanan yang banyak bergantung kepada makanan disajikan di restoran menyebabkan ramai terpaksa mengharap bantuan pil vitamin. 

Umum mengetahui khasiat Vitamin C iaitu bahan antioksidan yang penting untuk mengekalkan kesihatan, membantu pembentukan kolagen, ligamen dan tendon. Malah, Vitamin C turut membantu penyerapan zat besi dan meningkatkan sistem imun badan supaya terhindar daripada jangkitan penyakit. 

Namun, bagaimana pula ia boleh berfungsi sebagai bahan penting kecantikan? Perunding Kesihatan, Dr Asma Abdullah, berkata Vitamin C adalah bahan antioksidan semula jadi yang melawan tindakan radikal bebas bagi memperlahankan proses penuaan. dengan Ester C masalah ini dapat di atasi .

Walaupun ramai menganggap mereka mengamalkan diet seimbang dengan makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan (termasuk jus buah segar) tetapi makanan diambil masih tidak dapat memenuhi keperluan Vitamin C harian. 

“Vitamin C adalah vitamin larut air. Kaedah penyediaan masakan yang salah akan menyebabkan ia mudah hilang, terutama jika sayur dibasuh selepas dipotong. Vitamin C akan larut dalam air basuhan yang dibuang. 

“Kebanyakan orang kita suka masak sayur hingga lembik. Ini menyebabkan semua Vitamin C dalam sayur hilang (bersama wap) dan yang tinggal hanya serat. Jarang sekali kita dapat makan sayur mengikut kuantiti disaran dan semua faktor ini menyebabkan kita kekurangan Vitamin C harian,” katanya. 



Inilah rahsia aku selama ni..dan vitamin C nila yg aku mkn sejak beberapa tahun yang lalu sehingga kini..Aku sekadar nak syer je..kalau korang nk try boleh la try..memang jadi gebu la muka korang tu nanti..kalau nak try gi cari kat ELKEN ye..kalau nk try vitamin jenis lain tu aku tak tu la tahap keberkesanannyer camne kan..Okla..cukup setakat ni dulu rahsia dari aku..lain kali akan aku dedahkan apa lagi yang aku makan yer...

SELAMAT MENCUBA!!!



 


 




No comments: