Saturday 30 June 2012

Semalam Punyer Citer..

Mula semalam aku start dh cecuti..tp semalam rileks je la kt umah..melayan kerenah budak kecik tu la..agak-agak dh malam skit baru kuar duk teman my mum beli barang sebab nk menghidang untuk org angkat barang arini..pasni parent aku dh duk kt ktn..yahooo...dah betahun-tahun lamanyer duk jauh ngn dorang akhirnyer aku dah boleh duk dekat ngn dorang..

Standby nk besiap kuar semalam..mcm2 kerenah budak nih..


Kuar je mesti beli lori..takde lori tak bahagia agaknyer..nk mkn pun lori kene duk atas meja..


Arini pulak aku nak g ke suatu tempat untuk beberapa ari..merehatkan diri sebentar dari alam pekerjaan..hahaha..yela nanti bulan puase bukan leh rileks dah..kije jek ari2...takpela arini cuti puas2...yihaaaa....okla..standby nak gerak...tata...titi...tutu...
 
 


Saturday 23 June 2012

7 Sebab Kenapa Orang Benci Membaca Buku..

1. Dia anggap membaca ni samalah ngan belajar.Belajar cukup le setakat kat sekolah aje.
2. Asal membaca je,rasa mengantuk. Asal mengantuk je, mesti time membaca.
3. Benci meletak matlamat dalam hidup.
4. Kurang merasa kemanisan membaca.
5. Kurang mahu memperbaiki hidup.

6. Ego, berkata membaca tak perlu.Belajar dari pengalaman sudah cukup.
7. Tak nampak kepetingan ilmu dalam usaha mencapai kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan, kewangan, perhubungan, ibadah dan kekeluargaan.


Tanya diri sendiri,Anda bagaimana? Kurang minat membaca buku?

Ketahuilah hakikat bahawa jika Anda nak mencapai kejayaan, nak tak nak Anda kena melatih diri membaca setiap hari. Dengan membaca, Anda akan dapat tahu lebih banyak perkara untuk menjadikan Anda semakin dekat dengan kejayaan diidamkan.
Cara paling bagus adalah dengan meluangkan masa paling kurang 1 jam setiap hari, paling kurang 2-3 bab dalam sehari. Lama-kelamaan minat membaca tu akan timbul dengan sendirinya. Buat masa ni, biasakan diri membaca sebuah buku seminggu.




Suatu Penyesalan..



Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali.Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan."Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin.Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar-keluar juga budak tu.Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat,itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu,banyak dosa agaknya."rungut Zamri kepada isterinya Rohani.
Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu,tetapi dia tidak menghiraukannya,sebaliknya,Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu.  Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar.Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa,hanya kepada Allahlah dia berserah.
Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.
Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani.Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu.Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis  bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.
Saat melahirkan pun tiba.  Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani.  You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar..Alhamdulillah,bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.
Tiba-tiba Rohani  terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya."Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga.Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul."Tahniah Zamri,it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula.Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula.Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.  
Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu.Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana.Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu,tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.
Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali.Terutamanya sepanjang dia mengandung.Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula.Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.  
Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang  Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.
Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu.Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena.  Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani.Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal,semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram.Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.
Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung.Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu.Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan.Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin.Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.
Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula.Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang,dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri.Hati isteri mana yang tidak remuk.Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri.Rohani pasrah......
Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya."Kenapa abang berlainan sekarang ni,tak macam dulu, pelembut,suka berjenaka,ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja.Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .
"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri.Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.
"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya  dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya.Serentak itu juga Rohani menangis.Zamri langsung tidak mengendahkannya.Deraian airmata Rohani semakin laju.Rohani hanya mampu menangis sahaja.Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri suaminya yang sah.
"Woi,benda-benda tu boleh terjadilah Ani.Kawan baik dengan bini sendiri,suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni,tau tak.Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak  Zamri lagi.Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang,jangan tuduh Ani yang bukan-bukan.Ani bukan perempuan yang tak tentu arah.Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.
?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani,tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi.  Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.
Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya.Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja.Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani  menunggu Zamri sampai tengah malam.Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya.Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.
Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja.Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang.Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya.  Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.
Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines.Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu.Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan.  "Hari dah nak hujan, Bang.Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.
Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke,siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat  Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani  tidak berdaya untuk menghalangnya.Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.
"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini.  Kau lindungilah aku dan kandunganku ini  dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran.  Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya...."Bang, Ani  minta maaf jika kata kata Ani tadi  membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.
Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya.  Tiba tiba handphonenya berbunyi.  Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.
Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ?  Doktor Syamsul bertanya agak serius.  Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.
Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...  
Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."
Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery.  Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.? 
Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri.Allah lebih menyayanginya.?  kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.
BAHAGIAN KEDUA
Zamri mengambil diari tersebut.Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya.Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari.Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan &segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam  diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...
"Ya Allah,kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir,tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...
Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.
"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....
Assalamualaikum.
Abang...
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu.  Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...
Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini.  Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..
Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani AYANG seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani AYANG...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani?  Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?
Abang...
Tulisan ini  khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.
Buat diri Ani,Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....
Harapan Ani,Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka.Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka.Sayangilah mereka...
Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani.Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.
Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani  cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin. Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka  dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.
Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...
Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.
Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu.Tentang segala perbelanjaannya,janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam EPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.
Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati  Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.
Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.
Doakanlah Kesejahteraan Ani.
Ikhlas dari isterimu yang malang,
Rohani
Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya.  Dia menyesal.......menyesal.......
"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.
Ya Allah...
Ani,  maafkan Abang.Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?
Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya.Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.
Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali.Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka.Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha.Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.
Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani."Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani.  Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.
Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.
Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...
Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa..
Ya Allah..
Kuatkan semangat hambamu ini.Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....
Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi,Rohani datang menghampirinya,mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.
Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu.Ani..., Ani...,Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya.Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis.  Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri.Mereka semua menyabarkannya.....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......


 

Just Suka-Suka..

Terasa tahap keboringan arini..tgk tv pun takde rancangan best..baca novel pun dah abis 3 buku..erm..kene beli buku lagi nih..nipun sekadar buang masa jek buat mende alah nih..


 
 
 

Friday 22 June 2012

Saya Ibu Terjahat Di Dunia Ini..

Aku sedih bila baca kisah nih..tersentap rase..huhuhu...

Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini..., sebelum ajal menjemput ku...

20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Sam, suamiku memberinya nama Eric. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Sam mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.

Pada tahun kedua kelahiran Eric, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Angelica. Saya sangat menyayangi Angelica, begitu juga Sam. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah...

Namun tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Sam berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Sam terpaksa menuruti kata saya. Saat usia Angelica 2 tahun, Sam meninggal dunia. Eric sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Angelica. Saya tinggalkan Eric yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Brad, seorang lelaki dewasa. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Brad, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Angelica sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Eric dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya Hinggalah le satu malam... Malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak... Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali... Dia melihat ke arah saya.

Sambil tersenyum dia berkata,

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya,

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Eric, makcik."

"Eric...? Eric... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Eric???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu. Ya, saya patut mati..., mati..., mati... Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Eric melintas kembali di fikiran saya. Ya Eric, mama akan menjemputmu Eric, tunggu ya sayang!...

Petang itu saya membawa kereta Civic biru saya berhenti di sebuah pondok, dan ia membuatkan Brad berasa hairan.

Beliau menatap wajah saya dan bertanya,

"Mary, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu," Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak...

Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Brad dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Eric..Eric... Di manakah engkau? Saya meninggalkan Eric di sana10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu...Gelap sekali...Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul... Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Eric setiap hari... Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu... Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Brad mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya,

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Eric yang dulunya tinggal di sini?"

Ia menjawab, "Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terus menunggu ibunya dan memanggil, 'Mama..., mama!' Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Eric meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini ntukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Eric, ya? Mama, biarlah Eric yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Eric. Bye, mama..."

Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Brad memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Eric sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana... Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini... Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu disana.Dosa kamu tidak akan terampun!"

Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi. Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Tuhan. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Tuhan. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.



Kecantikan Wanita..

Petikan Motivasi Dr Tuah Iskandar

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal 'sepuluh inci'.

Kecantikan dan bercantik cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah 'buatan' yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, 'Buta ke dia?'

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah 
satu-satunya,tiada duanya dan tiada tiganya.


HARINI AKU TERBACA PETIKAN NIH..





 

Tuesday 19 June 2012

17/06/12 Pulang Sudaa..

Balik ganu kejap jek..pastu balik ktn pulak encik tu keje ari isnin.walaupun aku masih lagi cuti kene gakla balik ktn.huhu..


Kuar dari umah singgah kat kedai nih beli kepok..kepok dier sedap kt sini..sampai kijal singgah lak beli lemang kijal..gerai ni yg sedap lemangnyer..tekak aku la rase sedap..




Nila aksi2 hero aku kat taman shahbandar bila dapat jenjalan dan dapat mainan..suke betol kalau dapat bejalan-jalan..

 Kat taman shahbandar ni ade gak toilet eksklusif..memang eksklusif sungguh sekali masuk 50sen weh..toilet biase jek pun..ingatkan air paip kuar salji..hahaha..


Dah kepenatan tiba masa untuk pulang ke kuantan semula..tetap nak duk depan..takpe dik oiii...yang penting hepi...


Monday 18 June 2012

16/06/12 Gie Terengganu..

Start cuti menghabiskan AL aku yang bersisa tu..mula start bertolak dari Kuantan pun dah petang..disebabkan masalah2 teknikal yang muncul..erm..takpela lambat pun asalkan sampai ganu gak..

 
 Inila aksi2 si kacak aku nih sepanjang otw gie ganu..dah taknak duk belakang dan taknak duk riba..nak duk sendiri..
Nak duk depan lak tu..bagi je la duk depan..ibu duk belakang jadi mem beso..hehehe..dah dapat air bunga dier terus tido..tido dier punyer LILO mesti ader..spek mata pon taknak bukak..tido dalam keadaan begaya..kelasss gitu..

 

Celik mata sambung semula minum air dier tu..seronokla jadi budak2 nih..tak yah pikir ape2..huhuhu...

 


Kalau gi ganu tempat wajib kene singgah kat kedai ni untuk beli kepok lekor untuk mungunyah kt dalam kete..kepok dier memang sedap..lembut jek..kedainyer tepi jalan jek pas dari cherating..memang kene dengan selera aku dan dier..huhuhu..


 Dah sampai GANU terus gi singgah MYDIN..nipun merupakan tempat berwajib nih kalau sampai sini..kalau tak gi rasenyer macam tak best jek..hehehe..kalau ngan DANIAL ni mesti kene beli mainan dier dulu pe2 hal..kalau tak beli riuh 1 bandar suaranyer kalau bebunyik..dah dapat tu yang duk senyap dalam troli tu..troli pun tempat wajib dier nak duduk kalau bershoping..banyak gak memborong kat MYDIN nih..banyak barang yang best2..hehehe..

 Dah puas gie MYDIN pe lagi gie makanla pulak..kat ganu baru leh makan A&W..kalau kt kuantan takde A&w..sampai sini jela leh merasa..tempat berwajib gak nih bila sampai sini..tapi take away jela sebab dah nak dekat kul 11pm dah nak tutup..beli pastu gi makan kat China Town..lucunyer DANIAL ingatkan MC DONALD..maklumla kt kuantan yang dier kenal MCD je kalau makan fun fries tu..sekarang baru dier tau rupenyer A&W pun ader fun fries..hahaha..ape r budak nih..

 Nila tempat macam ICT..ala2 la kan..kat sini la edisi makan A&W..makan kat sini pun kira ok jugak..dibawah lampu2..hehehe..danial pun sibuk main bekho dier..

Dah puas2 melayan kerenah budak kecik nih baru balik umah..agak lewat gakla sampai umah..sekali sekala kan..takpela..huhuhu..


 
 

Friday 15 June 2012

Tika With Tiqah..

Arini last day kije ngn budak Tiqah nih..esok aku start cuti..yiihaaa..memang best..huhuhu..esok balik ganu kejap je pun..cuti duk umah yg lame skit..penat yg teramat..so, cuti duk umah lagi bagus..

Aksi2 bersama Tiqah yang gegiler nih mmg hepi sokmo..